<body>
Tuesday, August 12, 2008
Cara-cara menjadi penggunaan internet yang bertanggung jawab.

Hari ini remaja zaman sekarang lebih suka menggunakan internet kerana ia lebih mudah difungsi.Tetapi mereka tidak tahu bahawa harus dan tidak harus untuk menggunakan internet.Mereka menggunakan internet untuk bersembang dengan rakan-rakan.Memang benar mereka menggunakannya dengan betul.Ada juga kebaikkan dan keburukkan mengguna internet.

Keburukannya adalah ada ramai pengguna internet yang suka ke lelaman yang tidak sesuai untuk mereka seperti Lelaman Lucah dan menengok video-video lucah.
Mereka juga boleh menceroboh ke dalam account orang untuk merosakkan reputasi orang lain.Ada juga mengguna internet untuk menyebarkan gambar-gambar yang tidak senonoh,gambar lucah,gambar orang-orang dan sebagainya.Ada juga bermain judi dan memain permainan yang tidak sah.Ada juga menghina orang di blog ataupun dimana-mana.Dan juga muat turun video-video dan permainan tanpa izin.Sikap tidak bertanggungjawab ini boleh menyebabkan hidup orang susah.Kita boleh menyinggung perassan orang yang ada di sekitar kita tetapi kita tidak akan tahu.

Kebaikkan pula adalah ramai orang menggunakan internet untuk menyembang dan berkenalan di Windows live massanger yang juga dikenali sebagai MSN.Kegunaan msn sangat bagus kerana kita dapat bersembang dengan rakan-rakan kita tanpa menggunakan telepon dan juga tidak mengguna wang.Ramai orang juga menggunanya untuk belajar dan mencari informasi untuk kajian sekolah ataupun projek yang diberikan oleh guru.Internet mempunyai banyak informasi.Ia lebih sesuai jika orang ramai ke lelaman yang sesuai untuk usia masing-masing.Mengguna internet untuk Blogging juga bagus untuk meluar kan perasaan kita dan cerita tentang kehidupan seharian kita.Bagi remaja,internet memudahkan hidup kita.Jika cikgu ingin memberikan kerja sekolah melalui internet lebih senang.Kita juga boleh memain permainan yang sah untuk dimain.Ini boleh dipanggilkan Pengunaan internet yang bertanggungjawab.

Oleh itu pengguna internet,saya harap kita boleh menggunakan internet dengan selamat tanpa kegangguan orang-orang yang tidak kita kenali.Kita sebagai pengguna internet haruslah berhati-hati untuk keselamatan maruah dan reputasi masing-masing.Dan kita tidak seharusnya kasi sesiapa password atu identity kita ke sesiapa yang kita tidak kenali.Jadilah pengguna internet yang bertanggung jawab.Dan hati-hatilah jika ingin ke lelaman apapun.Lebih-lebih lagi lelaman yang tidak senonoh.


309 perkataan.

scared you at ;
8:05 PM

Friday, July 25, 2008
Permainan Tradisional melayu-BATU SEREMBAN dan CONGKAK


Congkak merupakan permainan tradisional Melayu yang telah dimainkan sejak kesultanan Melayu Melaka dan telah menjadi permainan warisan turun-temurun hingga kini. Dan juga Batu seremban.Saya harap permainan tradisional akan sentiasa dimainkan hingga ke zaman kini.Bukan ini sahaja ada banyak lagi permainan tradisonal yang boleh dimain seperti wau,biji saga,Berlaga kerbau dan Lembu,ceper,dam aji,dam harimau,galah panjang,gasing,getah,guli,gusti tangan,ketingting,ketuk keli,layang-layang,sepak bulu ayam dan bermacam-macam lagi.

scared you at ;
9:05 PM

Thursday, July 24, 2008
Permainan Tradisional melayu-CONGKAK





















PERBEZAAN PERATURAN.





Walaupun permainan congkak kelihatan sama dengan permainan lain yang berasaskan lubang dan buah seperti Manchala dan Sungka, terdapat beberapa perbezaan dari segi peraturan. Perbezaan utama ialah semasa permulaan permainan di mana permainan congkak bermula serentak antara kedua-dua pemain. Pengagihan buah dalam permainan congkak juga bergerak mengikut arah jam berbanding dengan permainan lain yang bergerak secara melawan arah jam.

scared you at ;
9:01 PM

Wednesday, July 23, 2008
Permainan Tradisional melayu-CONGKAK


CARA-CARA MEMBUAT CONGKAK.

Lazimnya dibuat dari kayu hutan seperti merbau, keruing, balau dan sebagainya. Terdapat juga papan congkak yang dibuat dari kayu rambutan, nangka dan sebagainya, mengikut kemampuan si tukang pembuat congkak.
Cara membuat congkak:
Kayu ditebang menggunakan kapak dan dipotong mengikut kepanjangan papan congkak yang bergantung kepada lubang rumah yang dihasilkan kelak.
Kayu yang masih buah dibelah dua bahagian. Hanya satu bahagian sahaja yang diperlukan dalam membuat congkak.
Setelah dibelah, gergaji digunakan untuk mengerat lebihan kayu yang tidak terpakai. Parang atau pahat digunakan untuk melicinkan batang kayu tersebut.
Kayu tersebut akan dipahat untuk membuat lubang. Lubang-lubang ditebuk dalam dua baris dan dinamakan ‘kampung’ yang mempunyai jumlah bilangan tertentu.
Ditebuk satu lubang besar di kedua-dua hujung yang dikenali sebagai ‘rumah’.
Pahat bermata halus digunakan untuk melicinkan lubang tersebut. Ini penting supaya tidak menggelikan jari-jari pemain sewaktu bermain.
Setelah siap, papan tersebut akan diukir dengan pelbagai hiasan seperti bentuk tumbuh-tumbuhan, kosmos, geometri dan sebagainya.
Papan congkak divarniskan dengan warna perang kekuningan, perang kemerahan, perang atau hitam.
Congkak juga dihasilkan daripada logam ataupun tanah di kawasan pendalaman. Tempurung kelapa digunakan supaya tangan tidak kotor terkena tanah.


scared you at ;
8:59 PM

Tuesday, July 22, 2008
Permainan Tradisional melayu-CONGKAK

CARA BERMAIN CONGKAK.


Dua orang pemain duduk berhadapan menghadap papan congkak, dimulakan dengan kedua-dua pemain serentak mencapai buah di kampung masing-masing dan memasukkan buah satu demi satu di dalam lubang kampung dengan pergerakan dari kanan ke kiri hingga ke rumah dan kampung lawan.Gerakan diteruskan hingga buah yang terakhir pada tangan dimasukkan dalam kampung kosong di kawasan sendiri atau lawan dan pemain hendaklah berhenti, sekiranya buah itu jatuh atau mati di kampung sendiri. Pemain itu boleh menembak kampung lawan yang setentang dengan kampungnya iaitu mengaut kesemua buah (jika ada) di dalam kampung tersebut.Pihak lawan mengambil giliran meneruskan permainan hingga buahnya mati. Sekiranya buah terakhir jatuh di dalam rumah sendiri, pemain boleh meneruskan permainan dengan mengambil buah yang masih banyak di mana-mana kampung sendiri. Sekiranya buah terakhir jatuh di kampung kosong pihak lawan, maka permainan itu mati di situ sahaja dan pihak lawan boleh memulakan permainan seterusnya hingga mati.Setelah tamat pusingan pertama, setiap pemain mengisi semula kampung dengan buah congkak dan jika ada kampung yang tidak cukup buah, ia dianggap terbakar. Kampung ini tidak boleh diisi apabila bermain pada pusingan yang kedua, ketiga dan seterusnya hingga pihak lawan mengaku kalah.

scared you at ;
8:49 PM

Sunday, July 20, 2008
Permainan Tradisional melayu-CONGKAK


Papan congkak.


Peralatan yang digunakan untuk bermain congkak biasanya diperbuat daripada batang pokok kayu besar yang diukir seperti perahu. Disebelah hujungnya diukir bentuk kepala pelbagai haiwan seperti burung manakala dibahagian badan papan diukir dengan pelbagai ukiran Melayu. Lubang sebesar 9sm. garis pusat dan 7sm. dalam ditebuk atas permukaan papan tersebut. Sekiranya permainan congkak di tanah, lubang digali dan kemudian diletak tempurung kelapa supaya tangan tidak kotor terkena tanah.Lubang-lubang congkak dibuat dalam dua barisan selari antara satu sama lain yang disebut kampung. Pada penghujung kampung terdapat sebuah lubang besar dan dalam dinamakan rumah. Jumlah kampung yang biasa terdapat pada papan congkak ialah lima, tujuh atau sembilan sebaris. Kampung-kampung ini diisikan dengan buah congkak sama banyak.



scared you at ;
8:15 PM

Wednesday, July 16, 2008
Permainan Tradisional melayu-CONGKAK




Latar Belakang
Congkak yang dipercayai berasal daripada dunia Afrika atau Arab, bergantung kepada teori mana yang anda percayai. Bagaimanapun, bukti tertua yang dijumpai oleh cari gali purba yang dibiayai oleh Persatuan National Geographic menjumpai kepingan batu kapur yang mempunyai dua liang selari bertarikh semenjak 5000 hingga 7000 SM di masa kini Jordan.Dari Timur Tengah, permainan ini tersebar ke Afrika. Congkak tersebar ke Asia melalui pedagang-pedagang Arab.Di Asia Tenggara, congkak mungkin berkembang dari Melaka memandangkan negeri ini merupakan pusat perdagangan pada waktu dahulu.
Kanak-kanak di Kepulauan Caribbean juga bermain congkak. Congkak dipercayai sampai ke sana melalui perdagangan hamba. Di sana, congkak dikenali sebagai warri atau awari. Di Indonesia, congkak dikenali dengan nama congklak, di Filipina, sungka.
Pada zaman dahulu, golongan istana bermain congkak dengan menggunakan papan congkak yang berukir mewah, sementara dikalangan rakyat jelata, ia sekadar dimainkan dengan mengorek lubang di dalam tanah. Pada hari ini, congkak dimainkan di seluruh dunia. Ia begitu popular dan diminati sehingga peminat-peminatnya mencipta pelbagai laman web di internet.

scared you at ;
8:55 PM

MYraROWLEYSCENEK!D
Photobucket MyRaRowley a.k.a NURSHAMIERAH..JUst a Rockerchick who just wanna haf fun wth my lyfe!!..
LOVES
MYfREnsNSPONGEROWLEY.

wishlist.
TO LIVE A HAPPY LYFE.

darlinkks

CIKGUSITI
AYIN
LYNN
EKAH
CT
TEH
reflect

June 2008
July 2008
August 2008


shout that out.

<3